Kurniaan Duli Yang Maha Mulia Sripaduka Baginda Berdaulat Agung Maharaja Kutai Mulawarman Di Pertubu

13hb Februari 2017

Alhamdulillah, syukur jua ke hadrat Allahu Jalla Wa’ala. Baru-baru ini sekitar minggu lepas iaitu pada hari Isnin (13hb Februari 2017 ) DYMM Maharaja Kutai Mulawarman telah sudi mencemar duli berkunjung ziarah ke Balairung Seri, PSSGN-WGNF dan telah sudi mengurniakan darjah kebesaran tertinggi DiRajanya kepada saya.

Sebagai tanda kebersamaan dan tautan ukhuwwah filLAH serta saling mendukung dalam usaha juang memperkasa dan mendaulatkan kebangkitan semula khutthoh perjuangan Melayu Islam BeRaja di alam Nusantara Melayu ini.

Terima kasih jua kepada Paduka Ayahanda Grandmaster Dato Dr Zahalan Man Panglima Islam, yang sudi hadir menemani bersama menjadi saksi permasyhuran ini. Jazakumullahu ahsanal jaza’.

Jazakallahu ahsanal jaza’ diatas jasa bakti DSUD Dr Saharuddin Awang Yahya atas aturan itu. Barakallahu fikum.